PENGENALAN PSS

WAKTU PENGGUNAAN PSS
 
i)     PSS akan mula dibuka pada pukul 7.15 pagi hingga 4.30 petang  
       semasa hari persekolahan.

ii)    Pada hari  cuti persekolahan, PSS akan dibuka pada
       pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

iii)  Jadual Waktu penggunaan PSS seperti berikut :-

        a) Waktu Perpustakaan Kelas (Ikut Jadual)
            
                 7.15 pagi hingga 1.35 petang
     
        b) Waktu Rehat

                10.15 pagi hingga 10.35 pagi
        
       c) Waktu hari Cuti Persekolahan

               9.00 pagi hingga 12.30 tengahari      
..............................................................................................................................
  
PERATURAN AM

1)                   Pelanggan dilarang membuat BISING semasa berada did lam PSS.
2)                   Kebersihan PSS adalah tanggungjawab bersama.  Pelanggan diminta sentiasa menjaga kebersihan PSS semasa dan sebelum meninggalkan PSS.
3)                   Pelanggan dilarang membawa beg semasa berada di dalam PSS.
4)                   Pelanggan dilarang makan dan minum semasa berada di dalam PSS.
5)                   Pelanggan tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang milik PSS tanpa kebenaran.
6)                   Pelanggan dilarang masuk ke PSS tanpa urusan .
7)                   Pelanggan dilarang mengoyak, menconteng,
menggunting gambar serta merosakkan buku milik PSS.
8)                   Pelanggan diwajibkan mengganti buku/bahan yang telah dirosakkan/dihilangkan.
9)                   Sekiranya pelanggan menggunakan alat elektrik, pastikan suis telah dipadamkan sebelum meninggalkan PSS.
10)              Murid tidak dibenarkan menggunakan atau mengenalikan sendiri alat elektrik tanpa kebenaran dan bimbingan guru.
11)              Setiap penggunaan dan pinjaman alat PSS mesti direkodkan
                dalam buku rekod yang disediakan.   
                    
                  

                         



12)          Keselamatan diri dan peralatan di PSS adalah tanggungjawab bersama.  PSS tidak akan bertanggungjawab terhadap kecederaan yang disebabkan kelalaian pelanggan sendiri semasa berada di PSS.
13)          Sebelum meninggalkan PSS pastikan kerusi dimasukkan semula ke bawah meja dan buku/bahan yang telah digunakan diletakkan di rak/lokasi yang betul sepertimana ketika mengambilnya.

  LAIN-LAIN

1)               Peraturan ini wajib dipatuhi oleh semua pelanggan setiap masa terutma semasa berurusan di PSS.
2)               Semua peraturan ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa mengikut situasi semasa.
3)       Guru Perpustakaan dan Media berhak untuk tidak membenarkan seseorang pelanggan itu menggunakan perkhidmatan di PSS sekiranya terbukti telah melanggar peraturan PSS.
4)      Pengawas Perpustakaan diberi kuasa untuk menguatkuasakan PERATURAN PSS.